Make your own free website on Tripod.com

Laman Utama | ADD | Harian Pendidikan | Didik | Minda | Skor

PENGENALAN

Pembangunan Laman Web e-pembelajaran ini menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Tatabahasa UPSR. "Golongan Kata Nama" merupakan tajuk utama bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan web ini. Tutorial dan latihan yang disediakan didalam laman web ini sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah khususnya pelajar-pelajar Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) sebagai sumber rujukan untuk bahan pelajaran di sekolah. Selain itu boleh dijadikan sebagai bahan tambahan serta persediaan menghadapi peperiksaan UPSR disamping menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Kandungan bahan yang disediakan didalam laman web ini mudah untuk digunakan dan difahami kerana pengguna hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang telah disediakan dengan betul dan teliti. Para guru juga boleh menjadikan laman web ini sebagai bahan bantu mengajar semasa di sekolah, supaya para pelajar dapat mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai teknik yang digunakan. Pembangunan Laman Web e-pembelajaran ini diharapkan akan dapat membantu pelajar-pelajar tersebut menguasai kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu dapat meningkatkan penggunaan bahasa dengan betul dan tepat sama ada secara bertulis atau lisan.

 

<-- Kembali


ProfilHubungi

Hak Cipta Terpelihara 2006 © Abdul Aziz bin Dahlan

Institut Perguruan Rajang, Bintangor