Make your own free website on Tripod.com

Laman Utama | ADD | Harian Pendidikan | Didik | Minda | Skor

PENGHARGAAN

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Pengarah Maktab Perguruan Rajang selaku pihak pentadbiran maktab kerana telah berusaha menyediakan kemudahan, kelengkapan serta suasana pembelajaran yang harmoni dan seterusnya membolehkan saya membangunkan Laman Web e-pembelajaran ini dengan jayanya. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada pensyarah pembimbing En. Mohd. Huzaifah b. Abdul Rahman dan semua pensyarah Jabatan TMK Maktab Perguruan Rajang kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan peserta kursus KSPK 05-06 dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah memberi galakan dan sokongan dalam menjayakan pembangunan laman web ini. Untuk isteri dan anak-anak yang tercinta, terima kasih diatas kasih sayang dan doa yang sentisa mengiringi. Akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi tunjuk ajar, sokongan dan galakan bagi menyempurnakan pembangunan laman web ini. Semoga laman web ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah rendah.

 

<-- Kembali


ProfilHubungi

Hak Cipta Terpelihara 2006 © Abdul Aziz bin Dahlan

Institut Perguruan Rajang, Bintangor