Make your own free website on Tripod.com

Laman Utama | ADD | Harian Pendidikan | Didik | Minda | Skor

TUTORIAL 1

KATA NAMA AM

Kata Nama AM
Contoh
Ayat contoh
orang
guru, kawan, budak, askar, jururawat, pelukis, pemandu, nenek
  1. Budak itu mengemis di tepi jalan.
  2. Pelukis itu sungguh berbakat.
binatang
gajah, kucing, kura-kura, arnab, serigala, buaya, burung, ikan
  1. Gajah itu tiba-tiba naik minyak.
  2. Kucing saya suka makan ikan goreng.
benda
kipas, meja, keset, kamus, bas, kapal terbang, pisau, jantung
  1. Kaki meja itu telah patah.
  2. Bas itu tiada penumpang.
tempat
rumah, sekolah, kantin, ladang, bandar raya, stesen, dewan
  1. Ibunya berniaga di kantin sekolah.
  2. Majlis itu diadakan di dewan yang sangat besar.
tumbuh-tumbuhan
pokok, bunga, semak, ubi kayu, sawi, pucuk paku, peria, durian
  1. Pokok itu sangat tinggi.
  2. Adik saya suka makan ubi kayu.

 

 

<-- Kembali Seterusnya -->

 


ProfilHubungi

Hak Cipta Terpelihara 2006 © Abdul Aziz bin Dahlan

Institut Perguruan Rajang, Bintangor