Make your own free website on Tripod.com

Laman Utama | ADD | Harian Pendidikan | Didik | Minda | Skor

TUTORIAL 5

KATA GANTI NAMA TEMPAT

Kata Ganti Nama Tempat
Penggunaan
Ayat contoh
sini
Digunakan untuk menunjukkan tempat yang dekat atau berhampiran dengan orang yang bercakap.
  1. Di sinilah tempat saya sering mencari ilham untuk menghasilkan karya saya.
  2. "Letakkan beg kamu di sini," kata Cikgu Lim kepada murid baru itu.
situ
Digunakan untuk menunjukkan tempat yang jauh. Tempat yang dimaksudkan itu masih kelihatan oleh orang yang bercakap.
  1. Jangan berdiri di situ kerana tempat itu tidak selamat.
  2. Dia ke situ sekali-sekala sahaja.
sana
Digunakan untuk menunjukkan tempat yang jauh dan tidak kelihatan oleh orang yang bercakap.
  1. Saya tidak berani ke kedai sana kerana terpaksa melalui simpang jalan yang sibuk.
  2. Di lebuh raya sana, ada sebuah pondok polis.

 

 

<-- Kembali Seterusnya -->

 


ProfilHubungi

Hak Cipta Terpelihara 2006 © Abdul Aziz bin Dahlan

Institut Perguruan Rajang, Bintangor