Make your own free website on Tripod.com

Laman Utama | ADD | Harian Pendidikan | Didik | Minda | Skor

TUTORIAL 7

KATA GANTI NAMA TAK TENTU

Kata Ganti Nama Tak Tentu
Penggunaan
Ayat contoh
apa-apa
Untuk menggantikan sesuatu benda atau hal yang tidak tentu.
  1. Dia menurut apa-apa sahaja arahan yang diberikan kepadanya.
  2. Tidak ada apa-apa yang perlu kamu bawa sewaktu mengikuti ceramah motivasi itu nanti.
bila-bila
Untuk menggantikan masa/waktu yang tidak tentu.
  1. Pelanggan restoran akan sampai pada bila-bila masa.
  2. "Bom jangka itu akan meletup pada bila-bila masa sahaja," kata pegawai polis itu.
mana-mana
Untuk menggantikan nama benda atau tempat yang tidak tentu.
  1. Ambillah mana-mana baju yang kamu berkenan.
  2. Saya mungkin tidak ke mana-mana pada cuti semester ini.

siapa-siapa/

sesiapa

Untuk menggantikan nama orang/manusia yang tidak tentu.
  1. Siapa-siapa pun tidak berani tinggal di rumah buruk itu.
  2. Dia tidak menyalahkan sesiapa dalam perkara ini.

 

 

 


ProfilHubungi

Hak Cipta Terpelihara 2006 © Abdul Aziz bin Dahlan

Institut Perguruan Rajang, Bintangor